JOM KLIK2...

Monday 30 December 2013

takut

YA.
takut di masa depan nanti, 
penyesalan kunjung tiba..
walaupun pada harini, hati dah memang sedia.
sedia untuk kecewa.
tapi sapa tau,
di masa depan nanti,
hati tak mampu menerima hakikat kelukaan,
sebab luka tu sakit..
sama macam luka baru jatuh basikal..
darah merah mengalir laju..
rasa pedih jangan cakap la..
macam nak hantuk kepala kat dinding.
tapi tak boleh, sebab akan makin sakit.
yang bezanya,
darah yang mengalir pada luka ni tak dek orang nampak.
sebab boleh je lindung guna bibir.
pedih tetap ada.. 
sangat!
sampai mungkin boleh bunuh diri.
tapi tu bagi orang yang bodoh tanpa agama..
sebab banyak je cara lain untuk move on.
cuma perlukan masa..
yang pasti,

buat masa sekarang, 
takut tu masih si semut hitam..
kecil..
hitam..
xjelas pada waktu malam..
sebab hati masih berprinsip kebebasan..
bebas untuknya memilih
jadi takkan marah jika tak dipilih..
hati jugak masih nak tunggu..
sebab dia mampu nak tunggu..
tunggu sampai ia sedia..
sedia dengan hatinya sendiri..
sendiri yang masih ragu ragu..
si ragu yang mungkin tak mahu berkomitmen lagi..

Saturday 14 December 2013

tunggu la kalau mampu tunggu...

"tunggu la kalau masih mampu nak tunggu"
tu yang mampu aku jawab bila 'sipolan' tanya patut tak
dia tunggu someone yang belum tentu akan balas cinta dia..

ada ke tanya aku..
memang jawapan tak berapa nak bijak la dia dapat..
aku ni bab cinta memang fail. haha
tapi setakat bg pendapat sikit sikit boleh la.

ok, kat sini aku nak bagi la beberapa tips *actually pendapat aku.
kalau korang still nak tunggu someone yang korang suka.

1. makesure, orang yang ditunggu tu berbaloi untuk ditunggu.
    berbaloi yang aku maksudkan kat sini bukanlah dia berisiko tinggi untuk balas cinta anda tu.
     tapi, berbaloi sebab dia punya keperibadian A++.
     tapi kalau yang ditunggu tu stok stok pembimbing ke neraka, nak buat apa 
     *aku bukan nak judge orang, tapi kita ada otak boleh fikir..
    kalau boleh cinta tu biar sampai bina masjid. 
    bukan sekadar nak ikut trend..

2. jangan tunggu membabi buta
    maksudnya, kita jangan terlalu naif sangat.
    kalau dah tau si dia sudah berpunya, tak perlu tunggu dah.
    kalau dah tau si dia cuma nak ambil kesempatan,
    jangan pamirkan ke tolol an anda tu..
    walaupun dia still bg harapan.
    sebab pengakhirannya korang bukan yang dia akan pilih.

3. masa takkan boleh membeli kasih
    kenapa aku cakap macam tu ??
    sebab kalau korang tunggu sampai 2,3,5 even 10 tahun sekalipun, 
    tapi si dia tak dek perasan kat korang,
   sampai bila bila pun cinta kau tu xkan berbalas..
    so, buat apa tunggu lagi..

4. tunggu dengan hanya 30% sayang
    kalau ikut ikut 30% tu pun dah banyak untuk sesuatu yang tak pasti.
    tapi perasaan sayang tu memang fitrah manusia..
    kenapa hanya 30%??
    sebab sekurang kurangya bila si dia ada orang lain,
    atau anda di tolak,
    korang masih manusia..
    manusia yang sempurna letak duduk jasad dan nyawanya..
    manusia yang masih menghargai dirinya,
    manusia yang masih sedar bumi ni berputar,
    dan yang paling penting..
    manusia yang masih sedar, cinta Allah dan RasulNya tu lagi besar nilainya...
    

Friday 6 December 2013

BBM: mengukur panjang bayang-bayang

assalamualaikum..
malam ni aku nak share satu Bahan Bantu Mengajar
untuk mengukur panjang bayang-bayang.
BBM ni sesuai digunakan untuk kanak kanak kindergarten.
 hasil idea pecah otak aku ni
     *tapi xtau la kot ada orang lain pernah buat jugak
aku guna benda ni untuk mikroteaching dalam kelas.

ni sebenarnya untuk mengukur panjang bayang bayang 
menggunakan alat pengukur bukan standard.
kenapa bukan pengukur standard ??
sebab aku gunakan skala warna yang dibuat sendiri..
lagipun mmg alat pengukur bukan standart
 merupakan salah satu kompenen sains dalam KSPK.
     *tak percaya, awak awak boleh pergi rujuk KSPK ye...



ni pakai kotak je weii.
tak payah susah susah beli barang mahal mahal.


ha, tu la skala warna yang aku cakap.
siap letak nombor sekali.
lala, korang warna je pakai luna.
mudah.

so, selain ajar mereka ukur panjang, 
boleh ajar pasal nombor, warna..
kira macam recall balik pembelajaran lepas.
sebab bayang bayang ni tajuk last.
benda tu sebenarnya tak melekat. 
aku buat asing...
so, boleh angkat-angkat.



saiz tu biar berbeza sikit..
baru mudah nak ukur nanti


 ha, lepastu korang buat la orang dari kotak macamtu.
ala, tu aku tiru orang depan toilet tu..
simple je.


kalau nak adil sikit,
buat la laki pompuan..
ala ala sweet couple gitu..
aku ni malas. tu yg hentam sama je dua dua. hehe


then tegakkan kat depan.
kat celah kotak tu aku dah toreh sikit. 
so, boleh selit je..
nak lagi kukuh letak la batang aiskrim kat belah belakang tu..


maap le yee..
stand aku ni janji kukuh je.
tu yg xberapa kemas ropenyaa


 ni pulak aku buat stand untuk lampu.
stand ni korang boleh ubah ikut kesesuaian lampu.
aku buat mcm ni sebab aku guna toslight handfon je


bayang bayang tu kurang jelas sebab bilik aku ni terang


ok, macam ni la setting eksperiment ni..
korang nampak tak bayang bayang tu ??




boleh bagitahu kat kanak-kanak yang 
panjang bayang-bayang ni boleh berubah base on 
jarak cahaya dengan objek dan saiz objek.




Sunday 24 November 2013

bigbook: PART 1

haii..
sepatutnya sekarang waktu tidur..
tapi biasalah.. xboleh lelap..
esok pagi jadi beruang kutub berhibernasi la jawabnya. haha

sebenarnya tak tau nak cerita apa.
just nak mengisi kekosongan dimalam hari
*kosong la sangat kan. assgmnt engkau tu sapa nak buat ??
minggu ni busy sikit. busy buat bigbook...
apa.. ada orang tak tau big book tu apa?? ish,ish.. xpe..biauu aku explain..
ala, just buat buku cerita kanak-kanak.

haah! bunyi memang mcm mudah, tapi kalau dah buat,
ekau tau le azabnya..
nak melukis, mewarna, spray, lekat, gunting, gam, macam-macam lah ehh..
silap-silap jari pun tergam sekali..

tapi sekarang ni, aku xdk la berhajat nak tunjuk rupa bigbook tu lagi..
sebabb??
sebab sebenarnya blom siap. haha
so, just aku kepilkan *err..klasik sgt eh, ayat kepilkan ni??
beberapa gambar masa preparation yang konon azab sangat tu..



ok, gambar ni aku rembat je kat fb si cantik ikin ni.
maklumlaa, di yang rajin snap and upload gambar



ni la makmal seni kami.. open air gituu.. hahaha
dataran E nama diberi and dah macam diregisterkan atas nama kelas aku
*maklumlaa, kami dah taraf penduduk tetap kat situ. satu fakulti dah tau. hahaha
selerak kan weii?? kan kan..
kompem makcik cleaner bebulu je dengan kami..

ok, sekarang nak tunjuk hasil seni lagi kesenian kami pulak..
maap la weii, gambar ni agak ke kanak-kanakkan ye..
pelukis ni xreti lukis orang..
mujur la ada tukang warna gred A+++ kat situ
selamattt!


yang ni dah siap warna.. ada la rupa sikit.. 



ni part baru lukis. jangan teruja sangat ye komee.
gambar ni membohong je lebih, sebab pilih part yang lukisan cantik je. haha


kalau korang tengok lukisan-lukisan lain, mau menangis teresak esak..
rasa nak baham kertas tu aje. xrupa raja dah woii. 
eh, btw..
carutan aku ni dah banyak, tapi aku tak ckp pun tajuk buku ni apa..
ok, tajuk dia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
                      
                       Bee's Attack at Kampung Kota


Tuesday 29 October 2013

JANGAN ketuk andai tak berniat untuk masuk

manusia sering lupa yang kadangkala tingkah mereka itu telah memberi kesan kepada manusia lain. mereka tak sedar sebenarnya tutur kata, layanan dan keperibadian mereka sendiri mampu meninggalkan tanda yang indah dalam hati insan lain. padahal pada pandangan mereka ia cuma sekadar satu tingkah biasa yang xbermakna. dan, ada juga segelintir yang sedar dan sengaja mengulanginya.. ohh, jangan begitu !

Tuesday 10 September 2013

cuba jadi yang terakhir :)

selalu orang berebut-rebut untuk jadi yang pertama wish birthday si peah, si kasim, si bedah dan sesape jelah yang seangkatan tu.. tapi apa kata sesekali jadi yang terakhir.. haaa... kadang-kadang yang terakhir tu lagi manis dari pertama.. *tapi untuk adik-adik yang sekolah xboleh aplikasikan teori ni dalam kelas. sbb kalau pekse dalam kelas dapat nombor terakhir memang dah bukan manis dah tu.. manis-manis buah pun xnampak bayang.. paham-paham sendiri jela ye.. haha.

 bukan apa, wish lambat pun ada kelebihannya jugak...
1. kalau lah korang terlupa birthday orang tu, tup tup ptg baru ingat, padahal hari-hari korang kehulu kehilir dengan makhluk tu, tak ke hati dia boleh mengecut besar hati ayam je.. so, if wish 11.59mlm hari kejadian, dapat la cover sikit. konon-konon nak buat kejutan.. hahah
2. lagi satu, biasanya 12malam hari kejadian tu mmg bertali arus lah orang wish birthday kat sipolann tu.. dan secara logiknya anda susah nak jd yg istimewa.. kalau wish lambat lain...rasa mcm special gilakk. walaupun ayat tiga ketul je..
3. dan orang terakhir wish juga mungkin membawa makna anda ingin jadi yang terakhir wujud dalam dunia dia. takpe kalau bukan yang pertama, tapi berharap yang terakhir...kot la kan! *untung-untung dia paham.. hehe

Thursday 20 June 2013

lukisan --> kanak-kanak --> penderaan seksual

assalamualaikum...
pernah dengar tentang makna sebuah lukisan ??
yah.. setiap lukisan punyai maksud yang tersendiri yang cuba disampaikan oleh pemiliknya. begitu juga dengan lukisan kanak-kanak. malah, sebenarnya lukisan kanak-kanak lebih menyingkap seribu satu maksud yang tersirat yang cuba disampaikan. kerana mereka ini jujur, mereka ini tulus dan ikhlas dalam menzahirkan rahsia hati.. 

semalam, sewaktu dalam kelas CHILD EDUCATIONAL PSYCHOLOGY aku didedahkan dengan beberapa ciri dan tanda dalam mentafsir lukisan dan hasil kerja kanak-kanak mangsa penderaan sexual.. mungkin isu ini agak sensitif untuk diperkatakan. namun, kita juga tidak seharusnya memandang enteng dan hanya menjadi "outsider" dalam sex abuse.

antara ciri-ciri yang telah diutarakan dalam sebuah lukisan kanak-kanak mangsa penderaan sexual adalah seperti gambaran dua buah gunung, ikan, lakaran sesuatu yang menyerupai penis lelaki, ataupun lakaran manusia yang mempunyai beberapa ciri tentu seperti kemaluan dan boobs..

sewaktu di dalam kelas tersebut, the Queen ( nama timangan lecture aku) tunjuk beberapa contoh lukisan. pertama, gambar rumah dan kt tepi dan atas dia tu seperti ada sebuah pesawat.. kemudian lukisan pemandangan sebuah dasar laut yang mempunyai ketam, obor-obor dan beberapa ekor ikan.. masa tengok mula-mula, aku xnampak pun apa-apa yang berbeza. sama macam lukisan kanak-kanak lain..
tapi lepas Queen explain baru lah nampak ada beberapa perkara yang pelik pada lukisan tu..

semoga ahli keluarga dan insan terdekat kita dijauhkan dengan penderaan sexual ini..

*nota jari :  "outsider" merujuk pada jiran, saudara, atau orang di sekeliling mangsa penderaan yang tahu perkara tersebut tetapi bertindak untuk tidak masuk campur dan hanya mendiamkan diri.


Saturday 15 June 2013

aku, kau, dia dan beliau


nyata ia terluah kerna aku tahu tentang wujudnya dia,
kewujudannya yang bukan hanya hadir sepintas rasa,
tapi terus singgah mengikat setia,
dan telah bertapa sejak lama..

beliau yang datang entah dari mana,
jelas tak pernah selesa dengan ceria,
tak sudah menjaja cerpen nista,
dan mempamer diri umpama dilautan derita,

kau,
usah menoleh pada siulan sumbang,
jangan biar jati diri tumbang,
kerna mereka hanya pandai bersembang,
tapi tak pula cuba mencari yang terang..

ku tahu kau bisa menyerap segala,
kerna kau juga wira,
walau tak pernah beraksi bersama tentera,
tapi kau khalifah yang maha Esa..

terima kasih kerna bercerita,
walau aku seperti tak layan sebaiknya,
tapi tak bermakna peduli tak kunjung tiba,
walhal lebih dari apa yang terbias disana...




Thursday 13 June 2013

KU KATA m, DAN KAU LIHAT n

layanan tak menggambarkan perasaan,
catatan yang menari sememangnya suara jiwa,
bukan satu jiwa yg telah dibeli,
bukan juga jiwa yang dihiasi plastik..

namun mungkin huluran tak tersampai,
hingga nyata dilihat bersahaja,
membuatkannya nampak hambar,
dan kau yang terasa..

tapi sungguh, ku manusia biasa,
kelemahan menghinggap disini sana,
hingga kau salah meneka,
dan aku yang berduka..

jika tidak mampu melihat dari mata,
lihatlah menerusi hati yang belum berhenti,
jika hati juga tak bisa mencerna,
gunakan jiwa sebagai pengganti..


Thursday 6 June 2013

kisah skarf hitam



Assalamualaikum..
sumber : google image
salam isra' mikraj.

entry ini terpanggil untuk ditulis setelah aku membaca pengalamam seorang junior yang sedang berada di perantauan melalui facebook beliau. ternyata berada di negara orang telah membawa sejuta arti pada dirinya juga diriku disini. ia membuatkan kita sedar banyak perkara yang kadangkala kita tidak nampak di negara sendiri tapi terbentang luas di sana.. semoga kisah ini akan memberi kebaikan pada kita semua :)


*kisah ini bermula apabila si junior (A) telah ditegur oleh seorang wanita afganistan (B) perihal skarf hitam miliknya. ternyata B itu benar-benar ingin memiliki skarf tersebut. menurutnya walaupun dia sudah 8 tahun tinggal di Aussie, dia tidak pernah jumpa mana2 kedai menjualnya.. B telah meminta A membelikan skarf tersebut apabila pulang ke Malaysia* 


terharu membaca kisah ini. 
ternyata A adalah seorang wanita yang sedang cuba untuk menutup auratnya dengan sempurna. tetapi kita ??  insan yang sememangnya lahir dalam negara yang menghasilkan skarf. selalu abaikan pemakaian skarf (even, aku juga begitu -.-) . betapa aku tak pernah menghargai kelebihan skarf itu. yang nampak hanyalah kelemahan "panas".. lupakah kita akan panasnya azab di neraka ?? .. Ya Allah, kerdilnya aku...


yahh.. ada rasionalnya coretan Hlovate dalam salah sebuah karya beliau ( VERSUS kalau tak silap ) apabila watak di dalam novel tersebut ingin membesarkan anak mereka di Luar negara berbanding di negara sendiri atas alasan pendidikan agama itu lebih mudah diterapkan dan diterangkan. 


tapi aku tak cakap lah malaysia tak bagus dan oversea itu lebih baik. ramai juga manusia yang di tanah air kita ini yang sangat terdidik akidahnya. juga turut banyak insan apabila ke luar negara yang bisa luntur akidahnya.. ia turut bergantung pada seseorang itu... 


credit : junior smart



Monday 3 June 2013

mentaliti kita



sumber : sini  


Assalamualaikumm...
pernah tengok gambar kat atas tu ??
ahhaa.. aku terjumpa benda tu masa tengah stay up untuk siapkan assigment..
ex-roomate dulu yang share..
sekali tengok macam kartun biasa-biasa aje. 
tapi bila baca dua kali nampak ada maksud yang tersirat. dalam !
sememangnya itu mentaliti kita zaman sekarang ni..
orang xhairan jika seorang remaja lelaki cakap "owh, itu kekasih saya" 
tapi orang akan hairan jika dia cakap "owh, itu isteri saya" 
sedangkang isteri itu sah di sisi agama. tapi mentaliti kita yang membuatkan macam remaja tu terlalu muda untuk ada seorang isteri. 
yah.. isu mentaliti ni yang sebenarnya sukar nak diubah.. dan kadangkala itulah punca terjadinya racialist.
dan ofkoss, negara susah nak maju kalau ada segelintir yang masih berfikiran ortodoks macam tu..

mohon renung-renungkan isu ini. *tengah tunggu bas pun boleh :)


Sunday 2 June 2013

berlari meninggalkan mimpi

bersama periuk kesedihan,
kutanak beras keceriaan,
moga nasi kebahagian muncul tiba,
disaat asap wangi melenyapkan lara..

tapi yang nyata kegelisahanku masih berdaya,
malah sentiasa menyapaku dengan perlahan,
dan mengingatkanku akan satu rahsia,
rahsia pada dua langkah di hadapan,
ingin ku berundur akan langkah yang dibelakang,
terasa sendiku kan terluka,
ototku menegah dan uratku mengeras..

lalu, 
apa bisa ku rawat masa?
kerna aku sudah silap mengukur rasa,
terlambat menyelam jiwa,
dan tak kuat menoktah tinta...



Sunday 26 May 2013

tentang PERAK


Sekadar perkongsian ... 
Perak dahulunya terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu Dinding, Beruas dan Janin (Hulu Perak), ketiga tiganya adalah Kerajaan Besar yang terbahagi di Negeri Perak, Logiknya daripada situ kita dapat perhatikan bagaimana perkembangan Budaya, Loghat dan Cara Kehidupan berbeza yang ada sekarang di Negeri Perak, penghijrahan orang2 Rawa, Jawa dan Banjar ke negeri perak turut mewarnai aktiviti penempatan di perak, tidak hairanlah jika Negeri Perak memang terdapat banyak Budaya serta banyak loghat yeng berbeza mengikut mukim dan penempatan... begitu uniknya sebuah negeri yang dinamakan Perak...


*proud to be a Perakian :)


sumber : KELAB ANAK JATI PERAK DARUL RIDZUAN



Sunday 12 May 2013




belajar menyintai sepertimana matahari 

menyintai bumi... *ia menyintai bumi, tapi dia 

mengerti, mendekatinya umpama 

menbinasakan ia*






Thursday 9 May 2013

TINGGALKAN.. jika itu yang terbaik



TINGGALKAN rasa itu disuatu tempat yang jauh dari bayangnya..
kerna, menggapai bayang-bayang umpama kau menghambat dirimu menerjah lautan dalam..
indah dari pandangan mata.. tapi derita di dalamnya..
derita yang pada awalnya kau sendiri tak tahu..

jika itu yang terbaik, mengapa perlu menidakkan lagi..
walau pada awalnya kau umpama lemah tak bisa untuk berdiri..
tapi itu bukan berarti kau sendiri...
masih ada mereka dan DIA 






Thursday 25 April 2013

aku masih bersyukur :)

Assalamualaikum..
lama tak menaip disini..
aku terdetik untuk menulis entry ini lepas baca Kisah 50 Sen dari sebuah blog..
sebabnya ?? aku teringat yang duit dalam purse aku pun sedih sangat dah tu nilainya..
RM1 weii RM1 . sungguh !! tapi, aku masih bersyukur :)
sesungguhnya aku tau, ada lagi insan yang lebih susah di luar sana..
sekurang-kurangnya walaupun duit di purse hanya ada rm1, aku masih tidak berlapar..
ada jugak baiknya pakej makan kat kolej kediaman ni *amboii, sekarang baru ang nak sedaq ye !

masalah ni jadi bila aku punya kad Maybank problem. tak boleh nak keluarkan duit kat mesin ATM bank islam dan bsn.. kenapa ye ?? ke, memang semua orang pun sama ??.. haishh..
yg mesin ATM maybank kat uni aku ni pun, time-time ni la nak rosakk.. dugaan.. dugaan .
nak cari mesin ATM kat luar uni, aku ni buta geografi. so, tak tau kat mana.. harap kat Mid Vally tu jela yg aku tau.. ekekeke *sedih !
tapi serius, kalau sampai esok xelok jugak, mmg terpaksa cari ATM kat luar jugak lah..  

Tuesday 16 April 2013

SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY "Suka-suka nak bagi hadiah..........."

klik banner

ASSALAMUALAIKUM...

hadiah mana yang ANDA paling suka kalau dapat SURPRISE HADIAH dari 
orang2 tersayang ataupun secret admire ??


so, kalau lala.. nak yang kat bawah ni lah ! :)


ok, actually apa yang aku maksudkan adalah seekor ikan emas yang kecil lagi comel dan bergaya di dalam sebuah bowl yang cantik menarik kau memang da boom berserta dengan accessories seisinya.. 
hehehhe.. *demand bukan ?!
impian ni wei.. impian ! tapi belum pernah tercapai lagi setakat ni..


Thursday 4 April 2013

dungu kah kau ?? -.-"


yah, berminggu-minggu kau sudah memikirkannya..
adakah kau terlalu dungu untuk mengerti yang dia tak mungkin dan tak kan mungkin jadi seperti apa yang kau mahukan ??
adakah kau terlalu mentah untuk mengerti dari apa yang kau sudah temui ??
adakah kau terlalu angkuh untuk percaya dengan mata yang melihat ??
come on lah..
kau bukan seperti itu dulu..
kau seorang yang kuat !
yang tabah !
yang tak pernah gagal untuk merawat duka..
tapi kini, ku lihat kau semakin terluka..
luka yang sebenarnya boleh kau cegah , tapi kau sengaja memilih untuk membiarkannya..
mengapa ? mengapa ? dan mengapa ?
mengapa tidak kau lepaskan dia menjauh seiring dengan berlalunya bayu ?
aku sedih melihatnya..
tapi aku xmampu berbuat apa-apa..
kerna kau, adalah aku -.-"



Thursday 28 March 2013

warkah di angin lalu



tanpa perlu menunggu langit cerah,
matahari juga bisa memancar sinar,
saat turunnya hujan,
aku masih merasa embun..
kerna kenyalnya hati untuk menafi pergi,
tegarnya rasa menjeruk sendiri..


masa berlalu tak mungkin di undur lagi,
lalu kubiar sang pagi memiliki,
kerna aku hanya disini,
bukan disana yang tak kembali,
tanpa perlu mengangkat kata,
juga tanpa secalit nista..


ini hakikat,
mungkin sebuah takdir barangkali,
walau lara dipanggil riang,
dan gembira ditekan ceria,
bintang kan jua tersenyum,
itulah tanda ikhlas telah bertandang dihati..


tanpa cebikan dimuka,
yang hadir tak mungkin di usir,
tapi dibiar terkubur bernyawa,
tanpa baja sebagai penyeri,
serta ku biar ia bisu sendiri,
hanya doa sebagai gamat luka ku ini....






Wednesday 20 March 2013

"MY CAREER PHOTO CONTEST"



klik banner


Assalamualaikum dan salam muhibbah ;)
harini join GA ni la pulak.. mcm best je..
hee.. 


ok, lepas aku selongkar dan teraburkan semua folder2 yang ada, aku sebulat suara pilih gambar kat atas tu untuk mewakili aku dalam GA  ni .. 
so, apa kerjaya aku sebenarnya ??

" model !! "

erkk ?? pehh, jauh lidi sate dari bara sangatttt....

actually, aku just seorang student yang masih lagi berhutang 2tahun untuk tamatkan pengajian.
fuhh.. lamanyaa nak habiss ! tapi mesti tak terasa.. pejam celik, pejam celik, pejam pejam tak celik, habis lah tu kan..

gambar ni telah disnap di sebuah kedai kat Mid Vally *curi-curi tau.. ekekekeee
kalau tak, mau sales girls diorang hambat kami keluar
alaa.. malunye ke orang -.-"  

sebab dan musabab aku pilih gambar ni ..
nak bagitahu yang sebagai seorang mahasiswa, biasanya 
memang tak lari dari stress dan tekanan *eh, bukan sama je ke ?? haha.. 
so, bg kami berdua cara yang terbaik utk kurangkannya dengan g keluar and window shopping sambil buat aksi crazy mcm kat atas tu..
tp xdk la crazy tahap gaban sampai menggedik tak kena tempat. kami just buat kat tempat tersorok je ok ! hehe..

ni la glasses yang paling tak sesuai kat muka kami. hahaha...
tu yg dengan penuh rasa poyonye pegi snap :)
baibaiii...

tarikh : 17mac2013-17april2013


Friday 15 March 2013

kita Perlu Tahu Duhai Manusia !







 “Psikologist mengatakan:

 1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
 terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
 yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.


 2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, 
  dia org yang kuat bersedih.

 3.
Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
 dalam berbicara, 
 bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

 4.
Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
 airmata, dia seorang yg lemah.

 5.
 Kalau senang menangis meskipun benda
  yg kecil sahaja, 
 dia seorang yg berhati lembut.

 6.
Dan sekiranya dia cepat marah biarpun

 perkara sekecil kuman,
 itu bermakna dia perlukan kasih sayang.


Berusahalah untuk memahami orang lain

 selepas kita memahami diri kita sendiri.
 Bukan 100% betul,
 tetapi ada sedikit kebenarannya disitu….”



Tuesday 12 March 2013

aku si pemuzik jalanan !

ok, sila jgn percaya dengan apa yang anda lihat ! hehe
yah, why ?? sebab aku sememangnya BUKAN pemuzik jalanan itu. 
tapi untuk sem ni, setiap hari jumaat aku MESTI menggendong, memeluk dan mengusung sebiji  sebuah keyboard bukan buatanku sendiri. *aku punya ni, keyboard morah-morah je meon oii. student macam aku ni bukannya beruang .ehehe
ha,, kenapa mesti hari jumaat ??
sebab kelas muzik aku telah jatuh pada hari demikian jam 3petang. 
3PETANG tu woiii !! 3PETANG!! time paling cantikkkk untuk mematikan diri seketika..
"tapi apakan daya, kelas lagi penting kan" *sejuk hati mak aku dengar.. hehe

ahhaaa.. meh aku kongsi pengalaman pertama aku belajar main keyboard ni..
OneWords  #LOST !!
gile susah la aku nak belajar kod-kod, belajar selaraskan pergerakkan tangan kanak dan kiri, and macam-macam lagi lah..
1st tu rasa nak nangis pun ada. tapi ada ke gilee tetiba aku nak nangis sebab benda tu je kan. haha
kesimpulannya, sapa-sapa yang memang parents dia hantar belajar main piano dari kecik tu, anda memang beruntung dan bertuah. so, in kes nanti korang punya takdir dapat kos macam aku ni jugak, xdk la terkial-kial tahap monyet kena gigit semut *eh, monyet kena gigit semut terkial-kial ke ?? ahh, lantak lah.. bedal jela labuuu..
aku sekarang tengah study kos apa ?? "hehehehe.. rasanya belum masanya lagi untuk aku bagitahu.. next time la ye gengg :)" 



ha, tengok tu.. gile kusyuk la minah ni tenung binatang tu..
tp sebenarnya, dia menjenuh tengah betulkan jari kat not-not tu. kantoii !! ekekekee



 ok, untuk ni pulak, aku rasa lect aku ni yang menjenuh tengah 
cuba bagi kami paham. yela masing-masing xpernah main.
*insan terkecuali : Pung+Eunice :)



yah.. begini lah ghopernye si pemuzik bersama keyboardnyaa..
berat oiii.. 
sekali pandang mcm bangrra jual karpet je. nasib bertudung..
so, mcm isteri bangrra tolong suaminye menjaja lah. hahaha




buat insan-insan yang tidak berkereta, kena tunggu bus dulu la cikkk..
dengan binatang tu sekali la kena hangkut..
sumbat je dalam buss.. muat xmuat, mesti kena muat jugakk.. 
*dah xkisah dah depan belakang kiri kanan orang menjeling-jeling

MOGA KAMI SEKELUARGA ( CLASSMATE LAIN) AKAN 
PANDAI BERMAIN KEYBOARD. AMIN....


Friday 8 March 2013

HAPPY WOMEN DAY DARLING :)
































nota : sangat-sangat mintak maap jika gambar tak bersesuaian dengan hari wanita. tapi sejujurnya itulah apa yang saya nak sampaikan sempena tarikh ini....

Thursday 7 March 2013

T.T

apa yang kubaca ini,
apa yang telah kulihat ini,
apa yang telah ku temui ini,
sungguh membawa hatiku pergi melayang..

melayang meratapi kegundahan,
melayang melayari kesuraman,
melayang mencari sebuah jawapan,
ya, satu jawapan yang entah wujud atau tidak..

mungkin tidak kerna aku tak pasti,
mungkin tidak kerna hatiku kian mati,
mungkin tidak kerna jiwaku sudah menangisi..

yang nyata, rasa ini telah membunuhku..
membunuh secara senyap..
senyap tanpa berbekalkan tombak dan pedang..
tapi seperti terhempas dari tingkat tertinggi KLCC...

Wednesday 6 March 2013

expectation

assalamualaikum..
selamat malam semua *ahh, xkesah la kalau korang baca tengah hari lit-lit sekalipun ~do i care.??~ haha.. ok itu nampak macam beria !
1st, harini aku mcm malas nak update apa-apa. sebab dan musabab ?? penat dan malas. hehe
tapi tak sangka lepas je balik dari cafe bersama jaja dan wanI, aku terus gatal jari untuk mempamer gerak tari umpama si pejuang FESENI yang sedang berlatih tadi. *ok, sekali lagi ayat kepoyoan telah menjelma :D
2nd, aku tak sangka pun yang lepak di cafe lepas habis siapkan tagging utk 5th cares tu akan buat aku gelak nak terpecah perut, tanpa hiraukan manusia-manusia lain kat situ. gamakknya, kalau Aaron Aziz lalu sebelah pun aku buat nohen je..
3rd, aku xsangka la pulak si wawan tu berbakat besar buat lawak sebenarnya..\
4rd, aku tak sangka la pulak yang si wawan tu nak buat expectation kat situasi rumahtangga aku *kalau aku dah kawen nanti lah
*eh, berapa banyak tak sangka daa kau ni !!
  ok2, gua takmau dah buat ayat bunga-bungaan di halaman rumah cik Salmi tu *rinduunyee  >.<
dipendekkan cerita, ada ke patut si wanI tu buat expectation yang jika aku kawen nanti.....

1. aku akan hanya bangun awal pada subuh hari pertama. hari kedua mintak tempoh 10minit, dan hari ketiga terus tak bangun. *how dare u ! hahaha...
2. bila suami aku mintak air teh selepas balik kerja, aku dengan garangnya akan ckp "AIR KOSONG JE ! DALAM PETI AIS TU ADA"
3. bila nak hidang makan, aku akan gelongsorkan je pinggan makan tu betul-betul dpn suami aku. begitu juga dengan air. *wan kata, meja makan aku tu xdk alas, tu yg boleh main gelongsor2.. gila kan ! :)
4. bila anak aku berak, aku suruh si suami basuhkan, tp si suami suruh aku. akhirnye kami bertekak baling2 barang sampaikan anak aku cakap camni.. "KALAU MACAM NI XPELA, BIAR ITEW JE YANG BASUH SENDIRI" *haaa, ni la kebaikan toilet training pada awal usia kanak-kanak.. hahaha
and... macam2 la lagi.. kalau aku nak list down semua kat sini, kompem aku tak tido sampai subuh.
last sekali wanI ckp *ni dia siap sambung dalam facebook pulak..
sengal punya budaK ! ngeh3...
"last2 rumah korang jadi rumah hantu. boleh buat meniaga rm5 satu kepala:) hek hek" 
whahahahha.. bapak gila la dia punya expectation pada aku.. sekali dia bubuh yang teruk-teruk je.. jaja dan maru pulak, jadi lauk tambah penyeri nasik beriani..

tapi, agak hairan la jugak bila takdek secubit pun rasa marah dalam diri aku ni pada wanI. 
sebab, aku sure.. he didn't mean it... ia hanyalah sekadar gurauan penghibur duka..

~semoga ada sinar kebahagian menantimu dihadapan sana sahabat~



Monday 4 March 2013

Giveaway Blog Dear Xila

klik banner



Hadiah-hadiah giveaway:
1) Eksklusif : 1 rantai leher (necklace) Hello Kitty. 1 pemenang.
2) 1 helai Cardigan dan 1 helai blouse Korean. 2 pemenang.
3) Top up RM 5 x 5. (celcom/maxis/digi). 5 pemenang.
4) Review blog newbie/follower kurang 800. 8 pemenang.
5) 1 hadiah misteri buat top refferal. 1 pemenang.

due date : 30/03/2013