JOM KLIK2...

Thursday 28 March 2013

warkah di angin lalu



tanpa perlu menunggu langit cerah,
matahari juga bisa memancar sinar,
saat turunnya hujan,
aku masih merasa embun..
kerna kenyalnya hati untuk menafi pergi,
tegarnya rasa menjeruk sendiri..


masa berlalu tak mungkin di undur lagi,
lalu kubiar sang pagi memiliki,
kerna aku hanya disini,
bukan disana yang tak kembali,
tanpa perlu mengangkat kata,
juga tanpa secalit nista..


ini hakikat,
mungkin sebuah takdir barangkali,
walau lara dipanggil riang,
dan gembira ditekan ceria,
bintang kan jua tersenyum,
itulah tanda ikhlas telah bertandang dihati..


tanpa cebikan dimuka,
yang hadir tak mungkin di usir,
tapi dibiar terkubur bernyawa,
tanpa baja sebagai penyeri,
serta ku biar ia bisu sendiri,
hanya doa sebagai gamat luka ku ini....






Wednesday 20 March 2013

"MY CAREER PHOTO CONTEST"



klik banner


Assalamualaikum dan salam muhibbah ;)
harini join GA ni la pulak.. mcm best je..
hee.. 


ok, lepas aku selongkar dan teraburkan semua folder2 yang ada, aku sebulat suara pilih gambar kat atas tu untuk mewakili aku dalam GA  ni .. 
so, apa kerjaya aku sebenarnya ??

" model !! "

erkk ?? pehh, jauh lidi sate dari bara sangatttt....

actually, aku just seorang student yang masih lagi berhutang 2tahun untuk tamatkan pengajian.
fuhh.. lamanyaa nak habiss ! tapi mesti tak terasa.. pejam celik, pejam celik, pejam pejam tak celik, habis lah tu kan..

gambar ni telah disnap di sebuah kedai kat Mid Vally *curi-curi tau.. ekekekeee
kalau tak, mau sales girls diorang hambat kami keluar
alaa.. malunye ke orang -.-"  

sebab dan musabab aku pilih gambar ni ..
nak bagitahu yang sebagai seorang mahasiswa, biasanya 
memang tak lari dari stress dan tekanan *eh, bukan sama je ke ?? haha.. 
so, bg kami berdua cara yang terbaik utk kurangkannya dengan g keluar and window shopping sambil buat aksi crazy mcm kat atas tu..
tp xdk la crazy tahap gaban sampai menggedik tak kena tempat. kami just buat kat tempat tersorok je ok ! hehe..

ni la glasses yang paling tak sesuai kat muka kami. hahaha...
tu yg dengan penuh rasa poyonye pegi snap :)
baibaiii...

tarikh : 17mac2013-17april2013


Friday 15 March 2013

kita Perlu Tahu Duhai Manusia !







 “Psikologist mengatakan:

 1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
 terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
 yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.


 2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, 
  dia org yang kuat bersedih.

 3.
Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
 dalam berbicara, 
 bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

 4.
Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
 airmata, dia seorang yg lemah.

 5.
 Kalau senang menangis meskipun benda
  yg kecil sahaja, 
 dia seorang yg berhati lembut.

 6.
Dan sekiranya dia cepat marah biarpun

 perkara sekecil kuman,
 itu bermakna dia perlukan kasih sayang.


Berusahalah untuk memahami orang lain

 selepas kita memahami diri kita sendiri.
 Bukan 100% betul,
 tetapi ada sedikit kebenarannya disitu….”



Tuesday 12 March 2013

aku si pemuzik jalanan !

ok, sila jgn percaya dengan apa yang anda lihat ! hehe
yah, why ?? sebab aku sememangnya BUKAN pemuzik jalanan itu. 
tapi untuk sem ni, setiap hari jumaat aku MESTI menggendong, memeluk dan mengusung sebiji  sebuah keyboard bukan buatanku sendiri. *aku punya ni, keyboard morah-morah je meon oii. student macam aku ni bukannya beruang .ehehe
ha,, kenapa mesti hari jumaat ??
sebab kelas muzik aku telah jatuh pada hari demikian jam 3petang. 
3PETANG tu woiii !! 3PETANG!! time paling cantikkkk untuk mematikan diri seketika..
"tapi apakan daya, kelas lagi penting kan" *sejuk hati mak aku dengar.. hehe

ahhaaa.. meh aku kongsi pengalaman pertama aku belajar main keyboard ni..
OneWords  #LOST !!
gile susah la aku nak belajar kod-kod, belajar selaraskan pergerakkan tangan kanak dan kiri, and macam-macam lagi lah..
1st tu rasa nak nangis pun ada. tapi ada ke gilee tetiba aku nak nangis sebab benda tu je kan. haha
kesimpulannya, sapa-sapa yang memang parents dia hantar belajar main piano dari kecik tu, anda memang beruntung dan bertuah. so, in kes nanti korang punya takdir dapat kos macam aku ni jugak, xdk la terkial-kial tahap monyet kena gigit semut *eh, monyet kena gigit semut terkial-kial ke ?? ahh, lantak lah.. bedal jela labuuu..
aku sekarang tengah study kos apa ?? "hehehehe.. rasanya belum masanya lagi untuk aku bagitahu.. next time la ye gengg :)" 



ha, tengok tu.. gile kusyuk la minah ni tenung binatang tu..
tp sebenarnya, dia menjenuh tengah betulkan jari kat not-not tu. kantoii !! ekekekee



 ok, untuk ni pulak, aku rasa lect aku ni yang menjenuh tengah 
cuba bagi kami paham. yela masing-masing xpernah main.
*insan terkecuali : Pung+Eunice :)



yah.. begini lah ghopernye si pemuzik bersama keyboardnyaa..
berat oiii.. 
sekali pandang mcm bangrra jual karpet je. nasib bertudung..
so, mcm isteri bangrra tolong suaminye menjaja lah. hahaha




buat insan-insan yang tidak berkereta, kena tunggu bus dulu la cikkk..
dengan binatang tu sekali la kena hangkut..
sumbat je dalam buss.. muat xmuat, mesti kena muat jugakk.. 
*dah xkisah dah depan belakang kiri kanan orang menjeling-jeling

MOGA KAMI SEKELUARGA ( CLASSMATE LAIN) AKAN 
PANDAI BERMAIN KEYBOARD. AMIN....


Friday 8 March 2013

HAPPY WOMEN DAY DARLING :)
































nota : sangat-sangat mintak maap jika gambar tak bersesuaian dengan hari wanita. tapi sejujurnya itulah apa yang saya nak sampaikan sempena tarikh ini....

Thursday 7 March 2013

T.T

apa yang kubaca ini,
apa yang telah kulihat ini,
apa yang telah ku temui ini,
sungguh membawa hatiku pergi melayang..

melayang meratapi kegundahan,
melayang melayari kesuraman,
melayang mencari sebuah jawapan,
ya, satu jawapan yang entah wujud atau tidak..

mungkin tidak kerna aku tak pasti,
mungkin tidak kerna hatiku kian mati,
mungkin tidak kerna jiwaku sudah menangisi..

yang nyata, rasa ini telah membunuhku..
membunuh secara senyap..
senyap tanpa berbekalkan tombak dan pedang..
tapi seperti terhempas dari tingkat tertinggi KLCC...

Wednesday 6 March 2013

expectation

assalamualaikum..
selamat malam semua *ahh, xkesah la kalau korang baca tengah hari lit-lit sekalipun ~do i care.??~ haha.. ok itu nampak macam beria !
1st, harini aku mcm malas nak update apa-apa. sebab dan musabab ?? penat dan malas. hehe
tapi tak sangka lepas je balik dari cafe bersama jaja dan wanI, aku terus gatal jari untuk mempamer gerak tari umpama si pejuang FESENI yang sedang berlatih tadi. *ok, sekali lagi ayat kepoyoan telah menjelma :D
2nd, aku tak sangka pun yang lepak di cafe lepas habis siapkan tagging utk 5th cares tu akan buat aku gelak nak terpecah perut, tanpa hiraukan manusia-manusia lain kat situ. gamakknya, kalau Aaron Aziz lalu sebelah pun aku buat nohen je..
3rd, aku xsangka la pulak si wawan tu berbakat besar buat lawak sebenarnya..\
4rd, aku tak sangka la pulak yang si wawan tu nak buat expectation kat situasi rumahtangga aku *kalau aku dah kawen nanti lah
*eh, berapa banyak tak sangka daa kau ni !!
  ok2, gua takmau dah buat ayat bunga-bungaan di halaman rumah cik Salmi tu *rinduunyee  >.<
dipendekkan cerita, ada ke patut si wanI tu buat expectation yang jika aku kawen nanti.....

1. aku akan hanya bangun awal pada subuh hari pertama. hari kedua mintak tempoh 10minit, dan hari ketiga terus tak bangun. *how dare u ! hahaha...
2. bila suami aku mintak air teh selepas balik kerja, aku dengan garangnya akan ckp "AIR KOSONG JE ! DALAM PETI AIS TU ADA"
3. bila nak hidang makan, aku akan gelongsorkan je pinggan makan tu betul-betul dpn suami aku. begitu juga dengan air. *wan kata, meja makan aku tu xdk alas, tu yg boleh main gelongsor2.. gila kan ! :)
4. bila anak aku berak, aku suruh si suami basuhkan, tp si suami suruh aku. akhirnye kami bertekak baling2 barang sampaikan anak aku cakap camni.. "KALAU MACAM NI XPELA, BIAR ITEW JE YANG BASUH SENDIRI" *haaa, ni la kebaikan toilet training pada awal usia kanak-kanak.. hahaha
and... macam2 la lagi.. kalau aku nak list down semua kat sini, kompem aku tak tido sampai subuh.
last sekali wanI ckp *ni dia siap sambung dalam facebook pulak..
sengal punya budaK ! ngeh3...
"last2 rumah korang jadi rumah hantu. boleh buat meniaga rm5 satu kepala:) hek hek" 
whahahahha.. bapak gila la dia punya expectation pada aku.. sekali dia bubuh yang teruk-teruk je.. jaja dan maru pulak, jadi lauk tambah penyeri nasik beriani..

tapi, agak hairan la jugak bila takdek secubit pun rasa marah dalam diri aku ni pada wanI. 
sebab, aku sure.. he didn't mean it... ia hanyalah sekadar gurauan penghibur duka..

~semoga ada sinar kebahagian menantimu dihadapan sana sahabat~



Monday 4 March 2013

Giveaway Blog Dear Xila

klik banner



Hadiah-hadiah giveaway:
1) Eksklusif : 1 rantai leher (necklace) Hello Kitty. 1 pemenang.
2) 1 helai Cardigan dan 1 helai blouse Korean. 2 pemenang.
3) Top up RM 5 x 5. (celcom/maxis/digi). 5 pemenang.
4) Review blog newbie/follower kurang 800. 8 pemenang.
5) 1 hadiah misteri buat top refferal. 1 pemenang.

due date : 30/03/2013

Sunday 3 March 2013

new pet

Assalamualaikum..
lala ada new pet !! hahaha.. gila over kan. belum apa-apa dah bagitau.
alah, xpayah la nak mukadimah berjela-jela. straight to the Ampang point je..
tapi betul, happy.. lama dah nak bela. tapi xsempat nak beli. masa sem2 dulu memang dah bela. tp akhir sem tu lupa nak bawak balik. then Fatin bawak balik terengganu. tp malang yang memang aku dah boleh bau, pet tu mati tengah jalan. xsempat nak tengok Pantai Batu Burok. yela, bawak pun naik bus,, terengganu pulak tu.. mau 8-9 jam.. letak dalam botol mineral je.. memang arwah dalam perjalanan la binatang tu. SEDIH..
tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadiii..

then, setelah sekian lama aku tak membela *ayat macam bela ape je kan. haha
sabtu 01/03/2013 aku kembali mempunyai pet kesayangan. 
ala, beli kat depan Chop N Steak Kampung Baru tu.. 

                                                                                                                                            sumber: google

sapa yang selalu pergi situ tau la pet ape yg aku tengah bela ni. hehe...
tapi, tak boleh upload gambar lagi. 
sebab NELO *nama pet aku yang tiut miut tu..
still dalam pemerhatian.. yela, ahad tu seharian aku bawak dia g pusing sogo. nyawa-nyawa ikan je dah aku tgk balik tu. eh ?? heheheh..
nanti dia dah ok, dah cantik , menarik kau memang the bomm.. baru aku upload eh..





 kalau dapat bela binatang ni pun syok jugak :)