JOM KLIK2...

Tuesday, 3 July 2012

Kesan kartun kepada kanak-kanak



Sejak bertahun-tahun dahulu kanak-kanak sudah minat terhadap kartun sehinggakan kadangkala tingkahlaku dan pemikiran mereka dalam kehidupan seharian juga adalah berdasarkan kartun kegemaran mereka. Biasanya, kanak-kanak mula menonton kartun seawal usia enam bulan, dan didapati pada usia dua atau tiga tahun, mereka menjadi penonton paling bersemangat.Menurut Aslin dan Smith(1988) keupayaan penglihatan bayi menjadi lebih baik apabila ia membesar, malah ketajaman penglihatan bayi hampir kepada ketajaman penglihatan orang dewasa apabila ia berumur enam bulan. Kanak-kanak yang menonton lebih banyak kartun di televisyen akan berpotensi untuk mengalami kesan samaada kesan yang negative dan positif terhadap tingkahlaku mahupun perkembangan kognitif kanak-kanak melalui peniruan. Peniruan ini adalah disebabkan kanak-kanak ingin menjadi seperti superhero kegemaran mereka. Menurut Albert Bandura(1986,1989) peniruan boleh menjadi sebagai alat untuk proses pembelajaran dan tingkahlaku melalui pemerhatian seseorang terhapap individu lain atau model-model simbolik lain seperti televisyen dan kemudiannya diperteguhkan lagi. Tidak semua kanak-kanak yang menonton televisyen meniru atau mengikut tingkahlaku yang ditonton oleh kartun kegemaran mereka khususnya. Namun mereka lebih berminat untuk menjadikan kartun itu sebagai model yang akan mendatangkan kesan terhadap psikologi mahupun dalam aspek mereka bertingkahlaku.  Jika kita menfokuskan kesan secara psikologi terhadap kanak-kanak disebabkan oleh pengaruh kartun,masalah yang mungkin dialami oleh kanak-kanak akan melibatkan diri mereka melalui sudut emosi , perasaan , tingkahlaku , perkembangan minda dan sebagainya.

Kesan terhadap pelajaran
Menurut kajian terbaru yang dibuat oleh Dr Iman Sharif dari Kolej Perubatan Albert Einstein di Bronx, New York separuh daripada responden yang tidak menonton kartun menunjukkan kecemerlangan dalam pelajarannya. Jabatan Pendidikan California(1980)  mengkaji tabiat menonton televisyen dan markah ujian bagi setengah juta kanak-kanak turut mendapati terdapat hubungan langsung di antara jumlah masa seseorang kanak-kanak menonton televisyen dengan jumlah markah yang diperolehi dalam ujian pencapaian yang diseragamkan. Lebih banyak televisyen ditonton kanak-kanak, lebih rendah pencapaiannya.melaluinya, dapat dilihat bahawa pengaruh kartun telah mendorong kanak-kanak untuk duduk dihadapan televisyen dengan lebih lama. Selain itu menonton kartun yang terlalu lama juga akan menyebabkan pemikiran mereka hanya menumpukan pada kartun yang ditontonnya sahaja sehingga terbawa-bawa di sekolah. Contohnya, apabila di sekolah, Aiman ini tidak akan menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan di dalam kelas kerana dia hanya memikirkan untuk pulang ke rumah dengan cepat dan seterusnya duduk di hadapan televisyen untuk menonton kartun. Namun begitu, terdapat juga sesetengah kartun yang boleh merangsang pembelajaran kanak-kanak. Contoh jelas yang dapat dilihat adalah melaui kartun Wordworld yang disiarkan di astro. Melalui kartun ini kanak-kanak dapat pempelajari bahasa inggeris kerana setiap watak yang dipaparkan dalam kartun tersebut dibentuk dengan menggunakan ejaan sesuatu itu dalam bahasa inggeris.

Meningkatkan risiko kecederaan
Kebanyakkan ibu bapa tidak kisah sekiranya anak-anak mereka menonton kartun asalkan tidak berunsur seks dan keganasan. Walau pun begitu, tidak semestinya kartun-kartun ini tidak memberikan kesan negative kepada mereka.  Tanpa disedari,  rancangan-rancangan kartun yang ada sebenarnya mampu memberikan risiko kecerderaan kepada anak-anak mereka. Hal ini jelas dapat dilihat apabila kebanyakan adegan kartun memaparkan aksi melompat, terjun, jatuh dari tempat tinggi, menjunam ke cerun dan banyak lagi yang sebenarnya boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk melakukan aksi yang sama dalam dunia sebenar. Contohnya kartun “ Popeye The Sailor Man”  yang sanggup terjun dari tempat tinggi semata-mata untuk menyelamatkan kekasihnya Olive daripada Pluto. Kanak-kanak juga berkemungkinan akan meniru aksi ini sewaktu bermain. Sebagai contoh lain, dalam siri kartun “Bugs Bunny and Elmer Fudd” seringkali memaparkan adegan dimana Elmer Fudd sebagai seorang pemburu arnab (Bunny) tetapi dia seringkali gagal untuk menembak Bunny dan sebaliknya terkena pada dirinya sendiri. Apabila diteliti dengan lebih mendalam, didapati hero dalam kartun ini seringkali mencederakan dirinya sendiri. Hal ini mungkin akan ditiru oleh kanak-kanak.

Kesan terhadap mata
Seterusnya,kartun juga meninggalkan kesan ke atas penglihatan. Sebagai contohnya,kartun yang dikenali sebagai pocket monster ( kini dikenali sebagai pokemon) telah menbuka mata seluruh dunia selepas terdapat banyak kes yang melaporkan kanak – kanak menderita selepas menonton rancangan berkenaan yang telah dilaporkan oleh sebuah akhbar (Warner, 2004). Ibu bapa mula memberi tumpuan terhadap kesan menonton kartun terhadap penglihatan kanak – kanak. Walaubagaimanapun tiada bukti – bukti yang  menunjukkan bahawa menonton kartun memberi kesan ke atas penglihatan kanak – kanak. Malahan, kebanyakkan pakar mata , Adams(1992 ) pula tidak bersetuju bahawa televisyen memudaratkan penglihatan selagi mereka melihat dalam keadaan – keadaan yang sesuai iaitu keadaan sekeliling tidaklah dalam hitam legam dan kanak – kanak hendaklah duduk sekurang – kurangnya dalam jarak lima kaki dari televisyen. Sekiranya mereka duduk dalam keadaan yang bertentangan seperti yang kami nyatakan sebentar tadi ianya bukannya memudaratkan penglihatan tetapi ianya hanya akan menyebabkan keletihan mata sahaja.

Kesan terhadap otak
Bagi kesan terhadap otak pula, didapati telah banyak kajian-kajian yang dibuat mengesahkan bahawa sememangnya menonton kartun di televisyen mampu memberi impak yang negative kepada otak. Menurut Children’s Hospital and Regional Medical Center of Seattle, Washington (2004) dalam kajian mereka mendapati kanak-kanak yang menonton televisyen sebanyak tiga per empat jam sehari mempunyai risiko sebanyak 30 peratus daripada 40peratus yang lebih besar untuk mengalami masalah otak. Mereka telah mengkaji kelajuan imej-imej yang dipamerkan terhadap otak kanak-kanak.

menjejaskan moral dan perilaku
Selain itu, kartun turut menjejaskan moral dan perilaku kanak-kanak. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kanak-kanak mudah meniru dan mengikut apa yang ada ditonton oleh mereka sama ada melalui media massa atau pun persekitaran di sekeliling mereka. Watak-watak kartun animasi hari ini menjadi idola dan pujaaan mereka. Sikap watak-watak dalam animasi kartun sangat mempengaruhi perilaku kanak-kanak. Sebagai contoh watak ultraman, Naruto, Teenage Mutani Ninja Turtle, dan pelbagai lagi. Aksi-aksi ganas dalam animasi kartun juga merupakan salah satu punca kanak-kanak pada hari ini menjadi nakal dan agresif. Apabila melihat aksi-aksi tersebut di dalam televisyen, mereka pasti ingin melakukan seperti yang dilakukan di dalam rancangan tersebut. Walaupun pada pandangan mereka, mereka hanya ingin menjadi gagah dan perkasa seperti watak-watak tersebut. Namun, rakan-rakan dan adik-beradik mereka yang lain yang turut menjadi mangsa. Terdapat juga sesetengah kes dimana haiwan juga turut menjadi mangsa perlakuan kanak-kanak yang nakal dan agresif pada hari ini. Hal ini akan meruntuhkan akhlak dan nilai kanak-kanak. Unsur-unsur seksual dan lucah seperti yang terdapat dalam kartun Sinchan, Dragon Ball pula menyebabkan mereka bertindak liar dan melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap lawan jantina mereka. Hal ini kerana, mereka sudah didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak sesuai dengan umur dalam rancangan kartun-kartun kegemaran mereka. Apabila mereka sering melihatnya di dalam televisyen, mereka ingin mencubanya terhadap lawan jenis mereka.seterusnya ini boleh mengakibatkan kanak-kanak mula terjebak dengan perlakuan seks diusia yang sangat muda lagi.
Kesan terhadap kemampuan berbahasa
Berdasarkan Teori pembelajaran social,kanak-kanak memperoleh keupayaan bertutur dengan cara pemerhatian dan peniruan. Menurut Chomsky(1969,1980) beliau telah mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semula jadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa sama seperti keupayaan berjalan. Begitu juga dengan kanak-kanak yang telah terpengaruh terhadap bahasa yang ditontonnya melalui rancangan cartun. Contohnya, apabila kanak-kanak menonton sesebuah rancangan kartun di televisyen, mereka akan terdorong untuk belajar berbahasa sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara rancangan yang mampu merangsang kemampuan berbahasa kanak-kanak adalah seperti blues Clues, Dora The Explore, Go Diego Go, dan Sesame Street. Secara tidak langsung, kanak-kanak mampu belajar menyebut perkataan-perkataan mengikut sebutan yang tepat dan gambaran yang sebenar tentang perkataan tersebut. Contohnya, Nina menonton Go Diego Go dan dia dapat mengenali tentang sesuatu haiwan dan mengetahui serba sedikit tentang haiwan tersebut seperti tempat tinggal dan makanan haiwan tersebut. Namun begitu, terdapat juga sesetengah kartun yang mampu memberi kesan negative terhadap kemampuan bertutur kanak-kanak. Antara kartun-kartun yang dimaksudkan ialah, Sinchan, Doremon dan Chibi Maruku chan. Hal ini kerana, kartun-kartun ini menggunakan perkataan-perkataan yang kesat seperti “hei orang tua, kesini kamu !!”. disini dapat dilihat sikap tidak menghormati orang tua pada kartun tersebut.


Thursday, 21 June 2012

pengakhiran zaman fresher

 22jun 2012
aku akan pulang ke kampung halaman ( maknenye lg beberapa jam jela ) . maka, secara rasminya jugaklah melabuhkan tirai sem2 ni . syukur Alhamdullillah ... dalam diam xdiam , dalam minit berganti jam , dalam sendu berselang tawa , dah setaun rupanya melayari kehidupan sebagai seorang mahasiswa ! *ahh.. penat la nk ber puitis2 ni. ok, straight to the point jela...

21jun 2012
bg nk raikan habis final exam n gathering terakhir kalinye (utk sem2 lee ) lala n cosmate kua le g BERJIMBA-JIMBA *ok ayat ni lala baru tau sebenarnyee..credit to wanie radzali sbb dh tolg tambahkan vocab bhs pasar aku. hehe... kami pergi mana ?? ala , MID VALLY je pn. ermm , mane lg nk meronggengnye bedah2 ni.. situ jele pn yop yong oiii.. !! sampai2 terus g beli tiket wayang. gile semangat kn . hahaha.. motif ? sbb nk tgk mail lambong, takut org ramai. hari 1st kn. tp ape ke gilenye org nk ramai time kol1 tengah hari lit2 tu bedah oii.. hari jumaat plak tu.. kompem2 lee org xdk.. haisshhh..

                                                   
  pastu g McD. sambut beday si temah ni ----------->
hahaha.. *suke2 aku je panggil org temah !! klu kena sue ni , mau reban ayam belakang rumah tergadaii.. heheehe.. sambut pon bukan la grand2 mane. masing2 dh sengkek. so, kek jela yg termampu ezzah oii... xpela, yg penting kami hepi bila dia tersenyum (maknanya dia hargaile ssh pyh kawan2 ) pastu baru kitorg g tgk MAIL LAMBONG "mail lambong xmakan rasuah la " hehe




Add caption


tp perjalanan ke panggung wayang tu xsemudah yg biasa2 terjadi *maklumlee, sumenye spesies kanak2 ribena (tp versi gifted n talented gitu)hahaha.. kesian kn, puji diri sendiri je mampu.hihih
sampai je kt atas tu, udah le tersangkut kt tempat nii....
<-------------------------------
kome-kome penah tgk ke bende ni ?? teman pn baru 1st time nmpk ! *see, terserlah ketidak pekaan aku kat sini. sah2 aku selalu je ulang-alik tempat ni . haha...
benda alah nih bila kita letak tgn kat situ then nanti akan keluar satu resit menceritakan tentang kehidupan kita. tp bende ni xberhasil le klu korg xsuapkan 50sen kat perut dia tu. cekik darah punya patung !! hahaa *ko pn sengal2 buat ... ala, just for fun kn ? why no..








tadaaaa.. mcm ni la rope resit dia
 ------------>
kelakar pn Ada.. mmg mcm knk2 ribena . walaupum kt McD tu still mintak coke ! hahaha...





MUTIARA ILMU

# jimba-jimba : jalan-jalan, melepak



ok, dh ngantok !! so, sampai sini jela nk mengarotnyee.. serius xlarat dh.. sampai ketemu lg sem 3 nt as a SENIOR !!! pehhh, bajett gilerr... boleh menari tarian samba ni sapa yg dengar sbb xthn kt kepoyoan aku ni . hehehe....



zzzzzzzzzzzzzZZZzzzzzzzzzzzzz



Monday, 11 June 2012

.......................

ahha.. kali ni nk mengarot pasal ape eh ?? 
*hamboii , sempat lg kau nk buat onar kat sini ye . esok exam tau !!! tp sumpah paper ni gila malas nk studi . knp ?? nth la.. persoalan tu yg aku dh pikir sejak subuh semalam tuh (pehh, korg nampak x ?? nampak x penipuan yg cube terjadi ni ) padahal subuh semalam xpikir ape2 pun... haha.... kejap lg dh nak cuti sem.. pastu lepas raya baru start sem baru . tak tahu kenapa , tapi aku dapat rasa yang sem depan x kan sama dengan sekarang ! cite pasal rase2 ni kn ,
      td aku terjumpa blog sorg budak ni.. dulu mase tgk muka dia , aku asyik tertanya2 je . sbb aku dpt rase sesuatu . walaupun x dek simbol  "?" atas dahi dia . ditambah dengan personality dia tu , tp serius aku jadi curious !! n bila dh baca blog dia , ternyata tepat sangkaan aku. dia seorang yang pememdam rasa dan sentiasa peka tentang sekeliling. *hhaaha.. apa yg aku batak sgt ni .. biasa la tu manusia kn ... personality berbeza2.. kalau same robot namenyee.. tak gitu ??