JOM KLIK2...

Thursday 20 June 2013

lukisan --> kanak-kanak --> penderaan seksual

assalamualaikum...
pernah dengar tentang makna sebuah lukisan ??
yah.. setiap lukisan punyai maksud yang tersendiri yang cuba disampaikan oleh pemiliknya. begitu juga dengan lukisan kanak-kanak. malah, sebenarnya lukisan kanak-kanak lebih menyingkap seribu satu maksud yang tersirat yang cuba disampaikan. kerana mereka ini jujur, mereka ini tulus dan ikhlas dalam menzahirkan rahsia hati.. 

semalam, sewaktu dalam kelas CHILD EDUCATIONAL PSYCHOLOGY aku didedahkan dengan beberapa ciri dan tanda dalam mentafsir lukisan dan hasil kerja kanak-kanak mangsa penderaan sexual.. mungkin isu ini agak sensitif untuk diperkatakan. namun, kita juga tidak seharusnya memandang enteng dan hanya menjadi "outsider" dalam sex abuse.

antara ciri-ciri yang telah diutarakan dalam sebuah lukisan kanak-kanak mangsa penderaan sexual adalah seperti gambaran dua buah gunung, ikan, lakaran sesuatu yang menyerupai penis lelaki, ataupun lakaran manusia yang mempunyai beberapa ciri tentu seperti kemaluan dan boobs..

sewaktu di dalam kelas tersebut, the Queen ( nama timangan lecture aku) tunjuk beberapa contoh lukisan. pertama, gambar rumah dan kt tepi dan atas dia tu seperti ada sebuah pesawat.. kemudian lukisan pemandangan sebuah dasar laut yang mempunyai ketam, obor-obor dan beberapa ekor ikan.. masa tengok mula-mula, aku xnampak pun apa-apa yang berbeza. sama macam lukisan kanak-kanak lain..
tapi lepas Queen explain baru lah nampak ada beberapa perkara yang pelik pada lukisan tu..

semoga ahli keluarga dan insan terdekat kita dijauhkan dengan penderaan sexual ini..

*nota jari :  "outsider" merujuk pada jiran, saudara, atau orang di sekeliling mangsa penderaan yang tahu perkara tersebut tetapi bertindak untuk tidak masuk campur dan hanya mendiamkan diri.


Saturday 15 June 2013

aku, kau, dia dan beliau


nyata ia terluah kerna aku tahu tentang wujudnya dia,
kewujudannya yang bukan hanya hadir sepintas rasa,
tapi terus singgah mengikat setia,
dan telah bertapa sejak lama..

beliau yang datang entah dari mana,
jelas tak pernah selesa dengan ceria,
tak sudah menjaja cerpen nista,
dan mempamer diri umpama dilautan derita,

kau,
usah menoleh pada siulan sumbang,
jangan biar jati diri tumbang,
kerna mereka hanya pandai bersembang,
tapi tak pula cuba mencari yang terang..

ku tahu kau bisa menyerap segala,
kerna kau juga wira,
walau tak pernah beraksi bersama tentera,
tapi kau khalifah yang maha Esa..

terima kasih kerna bercerita,
walau aku seperti tak layan sebaiknya,
tapi tak bermakna peduli tak kunjung tiba,
walhal lebih dari apa yang terbias disana...




Thursday 13 June 2013

KU KATA m, DAN KAU LIHAT n

layanan tak menggambarkan perasaan,
catatan yang menari sememangnya suara jiwa,
bukan satu jiwa yg telah dibeli,
bukan juga jiwa yang dihiasi plastik..

namun mungkin huluran tak tersampai,
hingga nyata dilihat bersahaja,
membuatkannya nampak hambar,
dan kau yang terasa..

tapi sungguh, ku manusia biasa,
kelemahan menghinggap disini sana,
hingga kau salah meneka,
dan aku yang berduka..

jika tidak mampu melihat dari mata,
lihatlah menerusi hati yang belum berhenti,
jika hati juga tak bisa mencerna,
gunakan jiwa sebagai pengganti..


Thursday 6 June 2013

kisah skarf hitam



Assalamualaikum..
sumber : google image
salam isra' mikraj.

entry ini terpanggil untuk ditulis setelah aku membaca pengalamam seorang junior yang sedang berada di perantauan melalui facebook beliau. ternyata berada di negara orang telah membawa sejuta arti pada dirinya juga diriku disini. ia membuatkan kita sedar banyak perkara yang kadangkala kita tidak nampak di negara sendiri tapi terbentang luas di sana.. semoga kisah ini akan memberi kebaikan pada kita semua :)


*kisah ini bermula apabila si junior (A) telah ditegur oleh seorang wanita afganistan (B) perihal skarf hitam miliknya. ternyata B itu benar-benar ingin memiliki skarf tersebut. menurutnya walaupun dia sudah 8 tahun tinggal di Aussie, dia tidak pernah jumpa mana2 kedai menjualnya.. B telah meminta A membelikan skarf tersebut apabila pulang ke Malaysia* 


terharu membaca kisah ini. 
ternyata A adalah seorang wanita yang sedang cuba untuk menutup auratnya dengan sempurna. tetapi kita ??  insan yang sememangnya lahir dalam negara yang menghasilkan skarf. selalu abaikan pemakaian skarf (even, aku juga begitu -.-) . betapa aku tak pernah menghargai kelebihan skarf itu. yang nampak hanyalah kelemahan "panas".. lupakah kita akan panasnya azab di neraka ?? .. Ya Allah, kerdilnya aku...


yahh.. ada rasionalnya coretan Hlovate dalam salah sebuah karya beliau ( VERSUS kalau tak silap ) apabila watak di dalam novel tersebut ingin membesarkan anak mereka di Luar negara berbanding di negara sendiri atas alasan pendidikan agama itu lebih mudah diterapkan dan diterangkan. 


tapi aku tak cakap lah malaysia tak bagus dan oversea itu lebih baik. ramai juga manusia yang di tanah air kita ini yang sangat terdidik akidahnya. juga turut banyak insan apabila ke luar negara yang bisa luntur akidahnya.. ia turut bergantung pada seseorang itu... 


credit : junior smart



Monday 3 June 2013

mentaliti kita



sumber : sini  


Assalamualaikumm...
pernah tengok gambar kat atas tu ??
ahhaa.. aku terjumpa benda tu masa tengah stay up untuk siapkan assigment..
ex-roomate dulu yang share..
sekali tengok macam kartun biasa-biasa aje. 
tapi bila baca dua kali nampak ada maksud yang tersirat. dalam !
sememangnya itu mentaliti kita zaman sekarang ni..
orang xhairan jika seorang remaja lelaki cakap "owh, itu kekasih saya" 
tapi orang akan hairan jika dia cakap "owh, itu isteri saya" 
sedangkang isteri itu sah di sisi agama. tapi mentaliti kita yang membuatkan macam remaja tu terlalu muda untuk ada seorang isteri. 
yah.. isu mentaliti ni yang sebenarnya sukar nak diubah.. dan kadangkala itulah punca terjadinya racialist.
dan ofkoss, negara susah nak maju kalau ada segelintir yang masih berfikiran ortodoks macam tu..

mohon renung-renungkan isu ini. *tengah tunggu bas pun boleh :)


Sunday 2 June 2013

berlari meninggalkan mimpi

bersama periuk kesedihan,
kutanak beras keceriaan,
moga nasi kebahagian muncul tiba,
disaat asap wangi melenyapkan lara..

tapi yang nyata kegelisahanku masih berdaya,
malah sentiasa menyapaku dengan perlahan,
dan mengingatkanku akan satu rahsia,
rahsia pada dua langkah di hadapan,
ingin ku berundur akan langkah yang dibelakang,
terasa sendiku kan terluka,
ototku menegah dan uratku mengeras..

lalu, 
apa bisa ku rawat masa?
kerna aku sudah silap mengukur rasa,
terlambat menyelam jiwa,
dan tak kuat menoktah tinta...