JOM KLIK2...

Thursday, 20 June 2013

lukisan --> kanak-kanak --> penderaan seksual

assalamualaikum...
pernah dengar tentang makna sebuah lukisan ??
yah.. setiap lukisan punyai maksud yang tersendiri yang cuba disampaikan oleh pemiliknya. begitu juga dengan lukisan kanak-kanak. malah, sebenarnya lukisan kanak-kanak lebih menyingkap seribu satu maksud yang tersirat yang cuba disampaikan. kerana mereka ini jujur, mereka ini tulus dan ikhlas dalam menzahirkan rahsia hati.. 

semalam, sewaktu dalam kelas CHILD EDUCATIONAL PSYCHOLOGY aku didedahkan dengan beberapa ciri dan tanda dalam mentafsir lukisan dan hasil kerja kanak-kanak mangsa penderaan sexual.. mungkin isu ini agak sensitif untuk diperkatakan. namun, kita juga tidak seharusnya memandang enteng dan hanya menjadi "outsider" dalam sex abuse.

antara ciri-ciri yang telah diutarakan dalam sebuah lukisan kanak-kanak mangsa penderaan sexual adalah seperti gambaran dua buah gunung, ikan, lakaran sesuatu yang menyerupai penis lelaki, ataupun lakaran manusia yang mempunyai beberapa ciri tentu seperti kemaluan dan boobs..

sewaktu di dalam kelas tersebut, the Queen ( nama timangan lecture aku) tunjuk beberapa contoh lukisan. pertama, gambar rumah dan kt tepi dan atas dia tu seperti ada sebuah pesawat.. kemudian lukisan pemandangan sebuah dasar laut yang mempunyai ketam, obor-obor dan beberapa ekor ikan.. masa tengok mula-mula, aku xnampak pun apa-apa yang berbeza. sama macam lukisan kanak-kanak lain..
tapi lepas Queen explain baru lah nampak ada beberapa perkara yang pelik pada lukisan tu..

semoga ahli keluarga dan insan terdekat kita dijauhkan dengan penderaan sexual ini..

*nota jari :  "outsider" merujuk pada jiran, saudara, atau orang di sekeliling mangsa penderaan yang tahu perkara tersebut tetapi bertindak untuk tidak masuk campur dan hanya mendiamkan diri.


No comments: