JOM KLIK2...

Thursday, 6 June 2013

kisah skarf hitam



Assalamualaikum..
sumber : google image
salam isra' mikraj.

entry ini terpanggil untuk ditulis setelah aku membaca pengalamam seorang junior yang sedang berada di perantauan melalui facebook beliau. ternyata berada di negara orang telah membawa sejuta arti pada dirinya juga diriku disini. ia membuatkan kita sedar banyak perkara yang kadangkala kita tidak nampak di negara sendiri tapi terbentang luas di sana.. semoga kisah ini akan memberi kebaikan pada kita semua :)


*kisah ini bermula apabila si junior (A) telah ditegur oleh seorang wanita afganistan (B) perihal skarf hitam miliknya. ternyata B itu benar-benar ingin memiliki skarf tersebut. menurutnya walaupun dia sudah 8 tahun tinggal di Aussie, dia tidak pernah jumpa mana2 kedai menjualnya.. B telah meminta A membelikan skarf tersebut apabila pulang ke Malaysia* 


terharu membaca kisah ini. 
ternyata A adalah seorang wanita yang sedang cuba untuk menutup auratnya dengan sempurna. tetapi kita ??  insan yang sememangnya lahir dalam negara yang menghasilkan skarf. selalu abaikan pemakaian skarf (even, aku juga begitu -.-) . betapa aku tak pernah menghargai kelebihan skarf itu. yang nampak hanyalah kelemahan "panas".. lupakah kita akan panasnya azab di neraka ?? .. Ya Allah, kerdilnya aku...


yahh.. ada rasionalnya coretan Hlovate dalam salah sebuah karya beliau ( VERSUS kalau tak silap ) apabila watak di dalam novel tersebut ingin membesarkan anak mereka di Luar negara berbanding di negara sendiri atas alasan pendidikan agama itu lebih mudah diterapkan dan diterangkan. 


tapi aku tak cakap lah malaysia tak bagus dan oversea itu lebih baik. ramai juga manusia yang di tanah air kita ini yang sangat terdidik akidahnya. juga turut banyak insan apabila ke luar negara yang bisa luntur akidahnya.. ia turut bergantung pada seseorang itu... 


credit : junior smart



No comments: