JOM KLIK2...

Monday 30 December 2013

takut

YA.
takut di masa depan nanti, 
penyesalan kunjung tiba..
walaupun pada harini, hati dah memang sedia.
sedia untuk kecewa.
tapi sapa tau,
di masa depan nanti,
hati tak mampu menerima hakikat kelukaan,
sebab luka tu sakit..
sama macam luka baru jatuh basikal..
darah merah mengalir laju..
rasa pedih jangan cakap la..
macam nak hantuk kepala kat dinding.
tapi tak boleh, sebab akan makin sakit.
yang bezanya,
darah yang mengalir pada luka ni tak dek orang nampak.
sebab boleh je lindung guna bibir.
pedih tetap ada.. 
sangat!
sampai mungkin boleh bunuh diri.
tapi tu bagi orang yang bodoh tanpa agama..
sebab banyak je cara lain untuk move on.
cuma perlukan masa..
yang pasti,

buat masa sekarang, 
takut tu masih si semut hitam..
kecil..
hitam..
xjelas pada waktu malam..
sebab hati masih berprinsip kebebasan..
bebas untuknya memilih
jadi takkan marah jika tak dipilih..
hati jugak masih nak tunggu..
sebab dia mampu nak tunggu..
tunggu sampai ia sedia..
sedia dengan hatinya sendiri..
sendiri yang masih ragu ragu..
si ragu yang mungkin tak mahu berkomitmen lagi..

Saturday 14 December 2013

tunggu la kalau mampu tunggu...

"tunggu la kalau masih mampu nak tunggu"
tu yang mampu aku jawab bila 'sipolan' tanya patut tak
dia tunggu someone yang belum tentu akan balas cinta dia..

ada ke tanya aku..
memang jawapan tak berapa nak bijak la dia dapat..
aku ni bab cinta memang fail. haha
tapi setakat bg pendapat sikit sikit boleh la.

ok, kat sini aku nak bagi la beberapa tips *actually pendapat aku.
kalau korang still nak tunggu someone yang korang suka.

1. makesure, orang yang ditunggu tu berbaloi untuk ditunggu.
    berbaloi yang aku maksudkan kat sini bukanlah dia berisiko tinggi untuk balas cinta anda tu.
     tapi, berbaloi sebab dia punya keperibadian A++.
     tapi kalau yang ditunggu tu stok stok pembimbing ke neraka, nak buat apa 
     *aku bukan nak judge orang, tapi kita ada otak boleh fikir..
    kalau boleh cinta tu biar sampai bina masjid. 
    bukan sekadar nak ikut trend..

2. jangan tunggu membabi buta
    maksudnya, kita jangan terlalu naif sangat.
    kalau dah tau si dia sudah berpunya, tak perlu tunggu dah.
    kalau dah tau si dia cuma nak ambil kesempatan,
    jangan pamirkan ke tolol an anda tu..
    walaupun dia still bg harapan.
    sebab pengakhirannya korang bukan yang dia akan pilih.

3. masa takkan boleh membeli kasih
    kenapa aku cakap macam tu ??
    sebab kalau korang tunggu sampai 2,3,5 even 10 tahun sekalipun, 
    tapi si dia tak dek perasan kat korang,
   sampai bila bila pun cinta kau tu xkan berbalas..
    so, buat apa tunggu lagi..

4. tunggu dengan hanya 30% sayang
    kalau ikut ikut 30% tu pun dah banyak untuk sesuatu yang tak pasti.
    tapi perasaan sayang tu memang fitrah manusia..
    kenapa hanya 30%??
    sebab sekurang kurangya bila si dia ada orang lain,
    atau anda di tolak,
    korang masih manusia..
    manusia yang sempurna letak duduk jasad dan nyawanya..
    manusia yang masih menghargai dirinya,
    manusia yang masih sedar bumi ni berputar,
    dan yang paling penting..
    manusia yang masih sedar, cinta Allah dan RasulNya tu lagi besar nilainya...
    

Friday 6 December 2013

BBM: mengukur panjang bayang-bayang

assalamualaikum..
malam ni aku nak share satu Bahan Bantu Mengajar
untuk mengukur panjang bayang-bayang.
BBM ni sesuai digunakan untuk kanak kanak kindergarten.
 hasil idea pecah otak aku ni
     *tapi xtau la kot ada orang lain pernah buat jugak
aku guna benda ni untuk mikroteaching dalam kelas.

ni sebenarnya untuk mengukur panjang bayang bayang 
menggunakan alat pengukur bukan standard.
kenapa bukan pengukur standard ??
sebab aku gunakan skala warna yang dibuat sendiri..
lagipun mmg alat pengukur bukan standart
 merupakan salah satu kompenen sains dalam KSPK.
     *tak percaya, awak awak boleh pergi rujuk KSPK ye...



ni pakai kotak je weii.
tak payah susah susah beli barang mahal mahal.


ha, tu la skala warna yang aku cakap.
siap letak nombor sekali.
lala, korang warna je pakai luna.
mudah.

so, selain ajar mereka ukur panjang, 
boleh ajar pasal nombor, warna..
kira macam recall balik pembelajaran lepas.
sebab bayang bayang ni tajuk last.
benda tu sebenarnya tak melekat. 
aku buat asing...
so, boleh angkat-angkat.



saiz tu biar berbeza sikit..
baru mudah nak ukur nanti


 ha, lepastu korang buat la orang dari kotak macamtu.
ala, tu aku tiru orang depan toilet tu..
simple je.


kalau nak adil sikit,
buat la laki pompuan..
ala ala sweet couple gitu..
aku ni malas. tu yg hentam sama je dua dua. hehe


then tegakkan kat depan.
kat celah kotak tu aku dah toreh sikit. 
so, boleh selit je..
nak lagi kukuh letak la batang aiskrim kat belah belakang tu..


maap le yee..
stand aku ni janji kukuh je.
tu yg xberapa kemas ropenyaa


 ni pulak aku buat stand untuk lampu.
stand ni korang boleh ubah ikut kesesuaian lampu.
aku buat mcm ni sebab aku guna toslight handfon je


bayang bayang tu kurang jelas sebab bilik aku ni terang


ok, macam ni la setting eksperiment ni..
korang nampak tak bayang bayang tu ??




boleh bagitahu kat kanak-kanak yang 
panjang bayang-bayang ni boleh berubah base on 
jarak cahaya dengan objek dan saiz objek.