"tunggu la kalau masih mampu nak tunggu"tu yang mampu aku jawab bila 'sipolan' tanya patut tak
dia tunggu someone yang belum tentu akan balas cinta dia..
ada ke tanya aku..
memang jawapan tak berapa nak bijak la dia dapat..
aku ni bab cinta memang fail. haha
tapi setakat bg pendapat sikit sikit boleh la.
ok, kat sini aku nak bagi la beberapa tips *actually pendapat aku.
kalau korang still nak tunggu someone yang korang suka.
1. makesure, orang yang ditunggu tu berbaloi untuk ditunggu.
berbaloi yang aku maksudkan kat sini bukanlah dia berisiko tinggi untuk balas cinta anda tu.
tapi, berbaloi sebab dia punya keperibadian A++.
tapi kalau yang ditunggu tu stok stok pembimbing ke neraka, nak buat apa
*aku bukan nak judge orang, tapi kita ada otak boleh fikir..
kalau boleh cinta tu biar sampai bina masjid.
bukan sekadar nak ikut trend..
2. jangan tunggu membabi buta
maksudnya, kita jangan terlalu naif sangat.
kalau dah tau si dia sudah berpunya, tak perlu tunggu dah.
kalau dah tau si dia cuma nak ambil kesempatan,
jangan pamirkan ke tolol an anda tu..
walaupun dia still bg harapan.
sebab pengakhirannya korang bukan yang dia akan pilih.
3. masa takkan boleh membeli kasih
kenapa aku cakap macam tu ??
sebab kalau korang tunggu sampai 2,3,5 even 10 tahun sekalipun,
tapi si dia tak dek perasan kat korang,
sampai bila bila pun cinta kau tu xkan berbalas..
so, buat apa tunggu lagi..
4. tunggu dengan hanya 30% sayang
kalau ikut ikut 30% tu pun dah banyak untuk sesuatu yang tak pasti.
tapi perasaan sayang tu memang fitrah manusia..
kenapa hanya 30%??
sebab sekurang kurangya bila si dia ada orang lain,
atau anda di tolak,
korang masih manusia..
manusia yang sempurna letak duduk jasad dan nyawanya..
manusia yang masih menghargai dirinya,
manusia yang masih sedar bumi ni berputar,
dan yang paling penting..
manusia yang masih sedar, cinta Allah dan RasulNya tu lagi besar nilainya...
No comments:
Post a Comment