takut di masa depan nanti,
penyesalan kunjung tiba..
walaupun pada harini, hati dah memang sedia.
sedia untuk kecewa.
tapi sapa tau,
di masa depan nanti,
hati tak mampu menerima hakikat kelukaan,
sebab luka tu sakit..
sama macam luka baru jatuh basikal..
darah merah mengalir laju..
rasa pedih jangan cakap la..
macam nak hantuk kepala kat dinding.
tapi tak boleh, sebab akan makin sakit.
yang bezanya,
darah yang mengalir pada luka ni tak dek orang nampak.
sebab boleh je lindung guna bibir.
pedih tetap ada..
sangat!
sampai mungkin boleh bunuh diri.
tapi tu bagi orang yang bodoh tanpa agama..
sebab banyak je cara lain untuk move on.
cuma perlukan masa..
yang pasti,
buat masa sekarang,
takut tu masih si semut hitam..
kecil..
hitam..
xjelas pada waktu malam..
sebab hati masih berprinsip kebebasan..
bebas untuknya memilih
jadi takkan marah jika tak dipilih..
hati jugak masih nak tunggu..
sebab dia mampu nak tunggu..
tunggu sampai ia sedia..
sedia dengan hatinya sendiri..
sendiri yang masih ragu ragu..
si ragu yang mungkin tak mahu berkomitmen lagi..
No comments:
Post a Comment